Saya sedang memerhatikan satu pola pemikiran masyarakat.
Saya merasakan pola itu ganjil.
Tidak pasti samada keganjilan itu datangnya daripada gaya pemikiran yang tidak selari dengan kefahaman saya, ataupun ketidak upayaan saya mengadaptasi gaya pemikiran sedemikian.
Pola pemikiran yang saya lihat terlalu menghukum. Andai hari ini anda dipuja ke langit, tidak mustahil esok pagi anda tersadai dek satu kelakuan yang tidak diterima oleh masyarakat umum.
Pola pemikiran ini tidak menggunakan hak dan batil sebagai kayu pengukur, tetapi etika yakni satu set peraturan atau adat yang diterima oleh sesuatu masyarakat.
Rasullah senantiasa menggunakan bahasa yang indah dan akhlak yang terpuji tidak kira kawan mahupun lawan.
Jika dibandingkan dengan pemikiran masyarakat kini, perkataan 'macai' digunakan secara berleluasa untuk menjatuhkan pihak lawan. Ini bukan gaya yang diajar oleh agama, tetapi secara etikanya diterima pakai oleh masyarakat, maka perkataan macai ini berleluasa. Maka masyarakat menjatuhkan harga diri dengan membiasakan diri menggunakan perkataan sebegini sebagai bekalan untuk menjatuhkan lawan. Adakah perkataan yang lebih mulia tidak mampu menjatuhkan lawan anda?
Masyarakat kita perlu dididik dengan konsep pemikiran yang lebih luas dan terbuka. terbuka bukan bermaksud membuka aurat anda 'cool'. Berfikiran terbuka yang saya maksudkan ialah kebolehan membuka mata dan fikiran, melihat satu isu dari sudut pandangan yang pelbagai, memahami setiap kemungkinan dan menerima perbezaan yang mungkin wujud. Manusia sememangnya dilahirkan berbeza, cap jari kita yang kecil pun berbeza, malah DNA kita juga pasti ada sedikit perbezaan walaupun daripada 2 orang kembar seiras.
Hasil tulisan ini memang tiada konklusi kerana saya masih mencari platform di mana kita boleh mendidik dan memberi kefahaman bahawa perbezaan pendapat itu adalah perkara biasa, dan tidak semua perkara harus dijatuhkan hukuman gantung mandatori. Kenapa perlu cepat menghukum sedangkan kadangkala hakim pun salah menjatuhkan hukuman. Terlalu suci bersihkah hati kita sehingga apa yang kita katakan pasti benar dalam lingkungan ilmu yang cetek.
2 comments:
fulamak cakap melayu penuh lah! hihihi
ye...
sebab saya serius dalam hal ini.
Yay! Tia is visiting.
Post a Comment