Terpanggil untuk menulis tentang obsesi wanita Malaysia yang ingin kelihatan ‘putih’ setelah berbual dengan rancaknya dengan kawan-kawan dari UK.
Bermula dari kenyataan Beyonce (bukan nama sebenar) bahawasanya produk pemutihan (bleaching) “..vGarnierv..” tidak mendapat pengesahan FDA, kami mula mempersoalkan keobsesian wanita untuk kelihatan cantik (Nyata sekali wanita kita ingin kelihatan cantik tanpa mengendahkan keselamatan).
Beyonce agak terkejut dengan obsesi wanita Malaysia untuk kelihatan putih, kerana baginya warna kulit wanita Asia begitu cantik dan seimbang. Di UK, wanita ingin kelihatan ‘tanned’ dan sanggup berhabis untuk mewarnakan kulit agar kelihatan sihat dan bercahaya. Adakah dengan berkulit ‘lebih’ cerah, kita akan kelihatan lebih cantik? Adakah dengan kelihatan lebih putih, anda yakin ia kelihatan seimbangan dengan warna tangan anda?
Jika di barat, zaman dahulu kala, berkulit putih dikaitkan dengan status, pangkat dan darjat. Tidak terdedah kepada cahaya, gebu (mungkin juga terlebih gebu jika dilihat kepada paparan seni zaman pertengahan), tetapi bagi wanita Malaysia, jelas ia adalah ikutan semata-mata yang tak pasti apakah matlamatnya.
Begitu juga seterusnya dengan keinginan untuk berambut lurus dan berbadan kurus. Adakah ini semua produk globalisasi yang bakal menjadikan semua wanita mempunyai wajah yang sama, kecantikan yang sama, warna kulit yang sama?
Wanita agak kurang bersyukur dengan kecantikan semulajadi yang dianugerahkan tuhan. Tidak cukup dengan tubuh badan yang dianugerahkan, ada-ada sahaja penambahan dan penolakkan ingin dibuat (tetapi, jika pengurangan yang ingin dibuat berkenaan dengan kesihatan, saya kira itu wajar sama sekali diteruskan).
Oleh itu, kecantikan adalah universal. I’ll try to believe that. :p
Rasa macam plastik kan aku tulis fully Malay??? Yep, sebab aku tak berbakat menulis... and that's how plastic the girls look like with excessive whitening cream on their faces. Hihi...

5 comments:
salam,
i been quite busy in these few days, browse your blog to rest my head for a while. i enjoy your writings.
wanita tak dapat dipisahkan dengan sifat ingin cantik, dipuji cantik.
namun kadang-kadang sesetengah daripada mereka lupa, jiwa yang dihiasi peribadi indah lebih cantik.
salam..ni menulis ker menaip..ekeke
::fusarium solani::
thanks... it just a plain discussion. I suppose to dig more information if i want to make it 'educational'. Anyway, thanks for dropping by.
::arsaili::
hihi... menaip la yg sebenarnye ek. Thanks.
ape pulak obsesi Jejaka Malaysia?
hhahahhahah
::d3mon|c::
most probably... hmm... say 'tongkat ali'?
Post a Comment